MINDA SEDAR
Menurut
kajian kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% - 12% mindanya.Dan di manakah
baki selebihnya.Saya akan kupaskan baki selebihnya di dalam tajuk yang lain,
Sekarang
kita tumpukan pada minda sedar dahulu.Apakah maksud minda sedar.
Minda sedar iaitu minda di mana Anda boleh mengawalnya semasa Anda
bangun pada hari-hari biasa. Anda menggunakan minda sedar apabila Anda
berfikir, belajar, memasak, memandu, berlari, berenang, bercerita-cerita,
berbual atau ketika sedang berjalan-jalan. Apabila Anda berfikir, Anda sedang
menggunakan minda sedar.
Ketika Anda
menggunakan minda sedar, Anda boleh membezakan mana satu yang baik dan mana
satu yang buruk sebab Anda boleh berfikir. Anda menggunakan logik akal untuk
membezakan baik dan buruk.
Ketika sesuatu
perkara atau maklumat yang di terima melalui pancaindera anda,anda menerima dan
menganalisa maklumat tersebut.Setelah anda berfikir akan kebaikan atau keburukan
maklumat tersebut barulah anda memberikan respon atau keputusan.Ini lah kerja
minda sedar di mana anda sangat sedar dan anda sendiri yang mengawalnya.
Bersambung
Bersambung
Ulasan
Catat Ulasan