CRICTICAL AREA


Crictical Area merupakan bahagian yang penting di dalam minda manusia,ianya berada di antara minda sedar dan minda bawah sedar.

Fungsi crictical area adalah untuk menapis segala  maklumat yang masuk melalui pancaindera daripada terus menembusi minda bawah sedar.

Ianya seperti pengawal yang mengawal pelbagai jenis data dan hanya data yang di anggap perlu sahaja yang di benarkan masuk menembusi minda bawah sedar bersesuaian dengan keperluan dan kehendak seseorang dalam keadaan minda sedarnya aktif.

Crictical area di pengaruhi oleh beberapa faktor
i) nilai,etika dan keyakinan
ii) fokus dan minat
iii) situasi atau keadaan

Apabila sesuatu perkara yang berlaku bertentangan dengan faktor di atas crictical area pasti menepis maklumat tersebut dari memasuki minda bawah sedar.

Saya bagi contoh bagi penggemar-penggemar novel.Ketika membaca anda sangat kusyuk bahkan anda dapat membayangkan seolah-olah watak di dalam novel itu adalah diri anda.Pada ketika itu crictical area anda telah terbuka seluasnya dan segala maklumat yang anda baca melepasi crictical area dan terus tertanam di minda bawah sedar.Anda pasti dapat menceritakan keseluruhan perjalanan novel itu apabila di minta.

Tetapi jika di berikan novel itu kepada bukan penggemarnya,sudah pasti ia berlaku sebaliknya.Ini kerana crictical area menolak data-data yang terdapat di dalam novel tersebut

Saya bagi satu lagi contoh,apabila anda keluar membeli belah tiba-tiba datang penjual mempromosikan produknya.Penjual itu menerangkan kelebihan dan keuntungan yang terdapat dalam produk itu.Ketika itu anda rasakan diri anda  berminat dan terasa rugi jika tidak membelinya.Pada ketika itu crictical area anda telah terbuka dan anda dapat menerima setiap perkataan yang di ucapkan oleh penjual itu.

Tetapi bagi sesetengah orang  yang tidak berminat,setiap apa yang di katakan oleh penjual crictical area langsung menolak dan akhirnya berlalu tanpa membeli.

Secara ringkasnya sesuatu perkara yang boleh mempengaruhi atau menerima sesuatu data dan maklumat,pada ketika itu crictical areanya sudah terbuka.

walaubagaimana pun crictical area akan terbuka dalam keadaan-keadaan tertentu.Antaranya
-  Sesuatu perkara yang di lakukan secara berulang-ulang
- Apabila anda dalam keadaan mengantuk
- Sewaktu gelombang otak menurun

Ok cukup setakat ini dulu,InsyaAllah moga saya diberikan kesempatan untuk menulis lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINDA BAWAH SEDAR

MINDA SEDAR