MINDA BAWAH SEDAR





Assalamualaikum.Alhamudulillah dengan izinya dapat lagi saya menulis.ok kita teruskan kepada tajuk seterusnya,dalam tajuk yang lepas telah saya tuliskan mengenai minda sedar,kali ni saya cuba rungkaikan mengenai minda bawah sedar.

Setiap orang mempunya minda bawah sedar tetapi tidak ramai yang menyedari kekuatan minda bawah sedar,dalam kehidupan manusia menggunakan lebih kurang 10% - 12% dari kekuatan fikiranya iaitu fikiran sedar,lebih 90% kuatan fikiran berada di minda bawah sedar yang tanpa di sedari akan kepentinganya.Ianya berkerja tanpa henti walaupun anda sedang tidur.

Lihat gambar bongkah ais di atas,bahagian CONSCIOUS di ibaratkan seperti minda sedar dan bahagaian SUBCONSCIOUS adalah minda bawah sedar,bahagian Subconscious lebih besar dan berada di bawah air,di bahagian ini kebanyakan manusia tidak menyedari akan kewujudanya,Amat beruntung bagi manusia yang menyedari dan memanfaatkan bahagian minda bawah sedar ini kerana kekuatanya jauh lebih hebat dari Conscious.

Minda Separa Sedar adalah suatu bahagian pemikiran atau fungsi otak yang sangat misteri
(menurut saintis /psychiatrist), di mana sebahagian besarnya berfungsi mengawal perjalanan sistem tubuh, fungsi organ-organ dari sebesar-besar organ hinggalah ke sekecil-kecil sel,berinteraksi dengan seluruh sistem tubuh yang seterusnya membentuk tingkah laku, karekter serta tabiat,menyimpan data-data memori yang sangat besar sejak kita dilahirkan lagi, berupa data pengalaman hasil dari input melalui 5 pancaindera kita sejak sekian lama semuanya tersimpan dalam ‘bank memori’.Kalau di dalam komputer ibaratkan seperti “hard disk”.

Saya berikan contoh sewaktu anda pertama kali memandu kereta,sudah pasti anda berfikir bagaimana untuk megendalikannya,anda pasti memikirkan mengenai gear yang sesuai di masukan terlebih dahulu,ketika memandu anda memikirkan waktu yang sesuai untuk menukarkan gear,adakalanya anda melihat tombol gear untuk memastikan kedudukan gear yang betul.Bagaimana pula dengan kaki anda,sudah pasti anda memikirkan kedudukan pedal minyak dan brake dan adakalanya tersalah menekan antara minyak dan brake.Di waktu ini anda meggunakan fikiran sedar anda.

Tetapi lama-kelamaan perkara ini tidak berlaku lagi,anda langsung tidak memikirkan bagaimana untuk mengendalikan kereta,anda terus memandu dan sedar-sedar sudah sampai ke destinasi.Inilah fungsi minda bawah sedar,anda tidak perlu berfikir tetapi ianya bekerja secara sendiri.Ini kerana segala data tentang pemanduan kereta telah di rakam dan di simpan di fikiran bawah sedar.

Begitu juga perasaan dan emosi,anda pasti pernah terjumpa dengan orang yang berubah sikap,dahulu sikapnya penyabar tetapi sekarang sifatnya pemarah.Ini kerana apabila sesuatu sikap baik atau buruk yang sering di lakukan berulang-ulang,lama-kelamaan ianya akan terakam di minda bawah sedar,di sini lah mengapa sikap yang pada awalnya baik bertukar menjadi sebaliknya.

Sekarang saya berikan contoh memori,ketika anda sedang berjalan atau bersiar-siar di satu tempat,anda telah selisih dengan seseorang yang pada ketika itu anda langsung tidak memikirkan tentangnya,anda lihat dan terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku.Tiba-tiba datang seseorang bertanyakan kepada anda mengenai seseorang.dia menceritakan ciri-ciri orang yang dicari.Pada ketika itu anda mengingati dan langsung anda menjawab “eh rasanya terjumpa kat sana tadi”ini lah contoh minda bawah sedar merakam segala kejadian yang berlaku di sekeliling dengan anda sedari atau tidak disedari,ianya akan terus berkerja.

Inilah serba sedikit mengenai minda bawah sedar yang dapat saya kupaskan secara asasnya.Terima kasih sudi membaca penulisan saya semoga dapat menambah pengetahuan saya dan juga anda yang membacanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINDA SEDAR

CRICTICAL AREA